Siapa rasa macam duit dia dah terlebih banyak? angkat tangan skit... hehehe... hari ni saya nak kongsi sikit kereta termahal kat dunia. Rasanya saya kerja sampai mati hidup balik mati semula hidup balik pon rasa macam belum mampu lagi.
Harga kereta ni jadi mahal disebabkan beberapa faktor:
1) kelajuan dia
2) kemewahan
3) syarikat pengeluar
Cakap banyak pon x guna,, jommm tengokk ni.. JENG JENG JENG
Maybach Exelero
ha.. amacam?? mengancam tak? sedikit info tentang kereta ni. Exelero merupakan kereta buatan German yang dihasilkan oleh Syarikat Maybach. Kereta ini boleh mencapai kelajuan maksima pada 351 km/jam dan boleh memecut 0 ke 100km/jam dalam masa 4.4 saat.
Last sekali!! nak tahu harga dia tak?? nak sebut pon segan tapi nak sebut jugak..
HARGA DIA ADALAH RM26,440,000
WARGHH!! Seram tengok harga dia!
